Selamat Datang PITA

Assalamualaikum…

Salam perkenalan kepada rakan-rakan yang sempat singgah ke dalam blog saya ini. Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri saya  sebelum saya memulakan bual bicara. Nama diberi Muhamad Noor Afif Bin Osman, pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kejuruteraan Perisian) Universiti Malaysia Terengganu.

Tujuan blog ini diwujudkan adalah sebagai ruang untuk memaparkan hasil kerja PITA (Projek Tahun Akhir) saya sebagai seorang mahasiswa di Universiti Malaysia Terengganu. Untuk pengetahuan, projek Tahun Akhir saya ini adalah dibawah seliaan Profesor Mohd Yazid Bin Saman, salah seorang pensyarah Jabatan Komputer di universiti saya. Diharapkan saya dapat menggunakan peluang yang ada untuk menuntut segala ilmu daripadanya bukan sahaja untuk menyiapkan PITA saya, malah sebagai bekalan yang berguna selepas bergelar graduan kelak.. InsyaAllah..

Sebagai permulaan, saya ingin berkongsi sedikit mengenai PITA saya kali ini. Untuk pengetahuan, PITA saya dibahagikan kepada dua peringkat iaitu PITA A dan PITA B. PITA A merupakan peringkat dimana pelajar harus menyiapkan kertas kerja (proposal) mengenai tajuk PITA mereka masing- masing. PITA A ini amat penting kerana kertas kerja para pelajar akan dinilai sama ada pelajar faham atau tidak mengenai tajuk PITA mereka masing-masing. MAnakala PITA B ialah peringkat untuk pelajar membangunkan kajian atau sistem yang telah mereka pilih.

Sampai disini sahaja perkongsian saya dalam post saya kali ini. InsyaAllah saya akan berkongsi lebih lanjut lagi mengenai PITA saya lain kali. Diharapkan agar projek  tahun akhir saya dapat disiapkan dengan jayanya…

Sekian..

Afif Osman

2 Comments

Filed under PITA

2 responses to “Selamat Datang PITA

  1. Selamat berjaya afif..all the best untuk PITA..Semoga kita semua berjaya menyiapkan PITA dengan cemerlang..:)

    • mypita

      Terima kasih saudara Nik Thoha.. begitu juga kepada saudara Nik Thoha.. InsyaAllah kita semua dapat menyiapkan PITA dengan cemerlang… Amin…

Leave a comment